Ini adalah kali kedua admin memperkatakan tentang EDU WEBTV yang mana pada hemat saya ianya cukup memberi manfaat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Supaya pengajaran & pembelajaran tidak menjadi bosan di kalangan murid-murid.
SALURAN EDUWEBTV
•EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.
•Terdapat 7saluran - Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.
BERITA
•Video berkaitan aktiviti KPM
•2 bahasa (Melayu dan Inggeris)
•Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah
AKADEMIK
•Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar negara
•Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama
•Pembakar semangat dan pencetus inspirasi
RENCANA
•Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat
•Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional
•Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik
WAWANCARA
•Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju
•program dan agenda pendidikan negara
•Mengenali Personaliti Pendidikan
•Isu yang diwawancara sebagai panduan
TV PENDIDIKAN
•Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
•Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah
•TV Pendidikan secara atas talian
•Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.
INTERAKTIF
•Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
•Pembestarian Sekolah
SIARAN LANGSUNG
•Rakaman siaran langsung program anjuran KPM
•Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008
JENIS PENGGUNA
•Pentadbir Sistem
•Pengguna Akhir
◦Orang Awam
◦Guru
◦Murid
KEPERLUAN ASAS
•Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)
•Windows Media Player (9 dan ke atas)
•Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’
•Sistem Pengoperasian – Windows 98
•Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)
RUMUSAN
•Pengenalan dan Pendedahan - memberi gambaran secara menyeluruh mengenai Portal EDUWEBTV.
•Hasil - membolehkan eksplorasi ke atas Portal EDUWEBTV dengan sendiri