Rabu, 2 Jun 2010

Sistem Operasi UBUNTU, alternatif kepada Windows?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Ianya memang menarik setelah penulis menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JPN Perlis 2 hari yang lalu Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Percuma yang membawa ertikata bebas dan tiada bayaran. Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.
Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.
Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.
Rasailah kehebatan Ubuntu. Pasti anda tidak melupakannya.
UBUNTU - LINUX UNTUK KITA

Petikan: http://wiki.ubuntu.com.my/Laman_Utama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Malaysian Cyber Games Fest 2010