Sabtu, 17 April 2010

Taklimat NKRA SK Seri Tunjong, Perlis




Pada hari Jumaat, jam 3.00 petang bertempat di Makmal ICT Sekolah telah di adakan satu sesi taklimat Berkaitan dengan NKRA.

Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Puan Rosnany binti Mohamad yang bertujuan memberi kefahaman kepada guru-guru tentang modul-modul yang terdapat dalam NKRA secara jelas.

Jumaat, 16 April 2010

Malaysian CyberGames Fest 2010

Program ini yang julung-julung kali di adakan bertujuan melahirkan generasi yang mahir dalam bidang ict terutamanya dalam bidang animasi. Progam ini dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama MDeC, AMD, JPN Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis melibatkan pentyertaan lebih 30 buah sekolah rendah di negeri Perlis.

Pasukan sekolah Kebangsaan Seri Tunjong telah diwakili oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang terdiri daripada Muhammad Isma Nadzman, Amier Syafiq Zulkifli, Amirah, Shazwin Abu Hassan, Farizatul Atirah Ishak, Arfan Adam Sazali, Khairul Akmar Megar Ibrahim , Nur Afina, dan Muhammad Alif Arfan Mohamad.Pengisian kepada program ini, murid-murid didedahkan kepada permainan online yang berunsur pendidikan, melukis animasi dengan menggunakan program SmoothDraw dan berbagai lagi aktiviti yang dijalankan.

Penutupan majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato Seri Dr Md Isa Sabu. Turut hadir ialah Pengerusi MDeC Tan Sri Abdul Halim Ali yang juga ahli lembaga pengarah Cyberview Sdn Bhd.

Program ini telah dimenangi oleh SRJK (C) Khoon Aik Kangar yang akan mewakili negeri Perlis ke Malaysian CyberGames Fest 2010 di Cyber Jaya KL.

Rabu, 7 April 2010

PERMATA PINTAR NEGARA

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA


Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.



1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)

2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)

3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:

1. Komputer dan tetikus

2. Capaian internet yang stabil

3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)



Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:

1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.

2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.

3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.



KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1

NOTA; SEMUA MURID-MURID SKST YANG BERUMUR 8 HINGGA 12 TAHUN DIGALAKKAN MENGAMBIL UJIAN INI.

Sabtu, 3 April 2010

PANDUAN cIPTA eMAIL yAHOO

Klik pada imej untuk besarkan.

Mengenali Kompenan Komputer

Serampang 2 Mata

Alhamdulillah, hari ini sambil-sambil menjalankan tugas sempena dengan Program Tunas Kepimpinan Muda, dapat juga kami mengambil kesempatan berkumpul untuk mengecat bangunan makmal ICT sekolah yang kalau sekilas pandang macam rumah hantu angkara kesilapan membiarkan pengawas-pengawas ICT MENCERIAKAN makmal ict sebelum ini.

Setinggi penghargaan buat Cikgu Maznan dan Cikgu Yusreizam yang membantu saya memberi nafas baru kepada bangunan Makmal ICT tersebut. Tanpa sokongan dan komitmen mereka tidak mungkin makmal akan bertukar wajah. Wajah makmal akan diserikan lagi dengan hiasan mural dan logo-logo ICT pada kesempatan yang akan datang, insya Allah.

Malaysian Cyber Games Fest 2010