Jumaat, 23 Julai 2010

Inginkan bantuan untuk UPSR? Tontonilah astro TUTOR TV Saluran 100

Risau kerana anak anda belum cukup bersedia menghadapi UPSR ? Astro TUTOR TV Saluran 100 sedia memberikan bantuan kepada murid-murid. Dengan menonton saluran ini, murid-murid akan dapat menguasai pelajarannya dengan lebih yakin melalui program-program yang membimbing ulangkaji peperiksaan. Astro TUTOR TV memfokuskan kepada 4 matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Di samping itu, murid-murid boleh menguji minda dan mengingati tip-tip berguna dengan menekan Butang Merah interkatif pada alat kawalan jauh. Anda boleh melihat sediri peningkatan anak anda serta subjek yang memerlukan perhatian

Berbekalkan Astro Tutor TV dan dorongan anda yang berterusan, anak-anak anda akan benar-benar bersedia menghadapi hari peperiksaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Selamat menonton.

Rabu, 2 Jun 2010

Sistem Operasi UBUNTU, alternatif kepada Windows?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Ianya memang menarik setelah penulis menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JPN Perlis 2 hari yang lalu Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Percuma yang membawa ertikata bebas dan tiada bayaran. Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.
Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.
Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.
Rasailah kehebatan Ubuntu. Pasti anda tidak melupakannya.
UBUNTU - LINUX UNTUK KITA

Petikan: http://wiki.ubuntu.com.my/Laman_Utama

Sabtu, 17 April 2010

Taklimat NKRA SK Seri Tunjong, Perlis




Pada hari Jumaat, jam 3.00 petang bertempat di Makmal ICT Sekolah telah di adakan satu sesi taklimat Berkaitan dengan NKRA.

Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Puan Rosnany binti Mohamad yang bertujuan memberi kefahaman kepada guru-guru tentang modul-modul yang terdapat dalam NKRA secara jelas.

Jumaat, 16 April 2010

Malaysian CyberGames Fest 2010

Program ini yang julung-julung kali di adakan bertujuan melahirkan generasi yang mahir dalam bidang ict terutamanya dalam bidang animasi. Progam ini dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama MDeC, AMD, JPN Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis melibatkan pentyertaan lebih 30 buah sekolah rendah di negeri Perlis.

Pasukan sekolah Kebangsaan Seri Tunjong telah diwakili oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang terdiri daripada Muhammad Isma Nadzman, Amier Syafiq Zulkifli, Amirah, Shazwin Abu Hassan, Farizatul Atirah Ishak, Arfan Adam Sazali, Khairul Akmar Megar Ibrahim , Nur Afina, dan Muhammad Alif Arfan Mohamad.Pengisian kepada program ini, murid-murid didedahkan kepada permainan online yang berunsur pendidikan, melukis animasi dengan menggunakan program SmoothDraw dan berbagai lagi aktiviti yang dijalankan.

Penutupan majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato Seri Dr Md Isa Sabu. Turut hadir ialah Pengerusi MDeC Tan Sri Abdul Halim Ali yang juga ahli lembaga pengarah Cyberview Sdn Bhd.

Program ini telah dimenangi oleh SRJK (C) Khoon Aik Kangar yang akan mewakili negeri Perlis ke Malaysian CyberGames Fest 2010 di Cyber Jaya KL.

Rabu, 7 April 2010

PERMATA PINTAR NEGARA

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA


Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.



1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)

2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)

3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:

1. Komputer dan tetikus

2. Capaian internet yang stabil

3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)



Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:

1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.

2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.

3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.



KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1

NOTA; SEMUA MURID-MURID SKST YANG BERUMUR 8 HINGGA 12 TAHUN DIGALAKKAN MENGAMBIL UJIAN INI.

Sabtu, 3 April 2010

PANDUAN cIPTA eMAIL yAHOO

Klik pada imej untuk besarkan.

Mengenali Kompenan Komputer

Serampang 2 Mata

Alhamdulillah, hari ini sambil-sambil menjalankan tugas sempena dengan Program Tunas Kepimpinan Muda, dapat juga kami mengambil kesempatan berkumpul untuk mengecat bangunan makmal ICT sekolah yang kalau sekilas pandang macam rumah hantu angkara kesilapan membiarkan pengawas-pengawas ICT MENCERIAKAN makmal ict sebelum ini.

Setinggi penghargaan buat Cikgu Maznan dan Cikgu Yusreizam yang membantu saya memberi nafas baru kepada bangunan Makmal ICT tersebut. Tanpa sokongan dan komitmen mereka tidak mungkin makmal akan bertukar wajah. Wajah makmal akan diserikan lagi dengan hiasan mural dan logo-logo ICT pada kesempatan yang akan datang, insya Allah.

Isnin, 29 Mac 2010

EDUWEBTV

http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=1
Tahukah guru-guru bahawa EDUWEBTV merupakan laman web pendidikan yang penuh dengan informasi dan boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada bahan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Ianya merupakan akses Pendidikan Digital yang mengandungi berita, akademik, rencana, wawancara, kurikulum, interkatif , siaran langsung dan panduan yang mana kesemuanya bercorak ilmiah dan berunsur pendidikan.

Oleh itu, di minta semua guru dan warga pendidik keseluruhannya dapat memanfaat sumber ini dalam menjana pendidikan yang proaktif dan lebih  berinovatif demi kebaikan sistem pendidikan kita yang menuju ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia.

Selamat melayari EDUWEBTV

Khamis, 25 Mac 2010

Bagaimana Membuat Akaun Facebook

Facebook merupakan satu laman sosial yang sangat popular ketika ini. Ianya merupakan laman interaktif yang dapat merangkaikan anda dengan kenalan di seluruh dunia. Melaluinya anda dapat berchatting, menghantar mesej, video, berkongsi gambar/photo, mencari kenalan lama atau baru dan sebagainya. Sememangnya FB amat menyeronokkan, Jadikan anda sebahagian dari rakan FB.

Bagaimana untuk mewujudkan akaun FB anda? Ini hanyalah panduan ringkas yang mungkin dapat membantu guru-guru sekalian.
Pergi ke laman ini (klik sini)
Paparan berikut akan muncul


















Isikan maklumat seperti yang diminta
1. Nama pertama (nama samaran pun boleh ttp rakan sukar mengenali anda)
2. Nama akhir (nama bapa / nama samaran)
3. Alamat email ( jika tiada wujudkan alamat email terlebih dahulu samada anda ingin menggunakan email yahoo, gmail, msn streamyx atau sbgnya)
4. Masukkan katalaluan (password)
5. Masukkan jantina
6. Masukkan tarikh lahir
7. Dan klik butang daftar
8. Tunggu hingga email pengesahan anda terima melalui kotak email yg anda daftarkan. Biasanya dlm beberapa minit anda akan menerima email pengesahan ini. Ikuti arahan pada email tersebut/

Selamat mencuba !

"SAMA-SAMA MEMBUDAYAKAN ICT"

Isnin, 22 Mac 2010

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT




Semua guru-guru diharap dapat membaca pekeliling ini.
Klik imej untuk besarkan

Sabtu, 6 Mac 2010

Streamyx Cool Unipack - Eksklusif Untuk Pelajar Universiti

Kepada kawan2 guru yang sekarang nie tengah belajar dan sememangnya dah melanggan streamyx kat rumah, saya ingin berkongsi berita baik untuk anda.

Dapatkan netbook HP secara percuma dari TM. Jangan lepaskan peluang ini, anda rugi jika tidak merebut kesempatan yang ada. Just pergi TM tanya macam mana prosedurnya.

Spec yang anda dapat seperti berikut:
  • Intel Atom Prosessor N450
  • 10.1 Display
  • 1 GB Memory
  • 250GB Hardisk
  • Integrated Wireless
  • Integrated webcam
  • Integrated Bluetooth
  • Microsoft Window 7 Starter
  • 2 year carry in warranty
  • MSOffice TrialPack 60 Day (2 bln daa)

Gambar di atas adalah photo HP Netbook yg aku dapat. Rebutlah pelauang iniiiii segeraaaa.

Khamis, 25 Februari 2010

Menghilang Kedutan Wajah Secara Atas Talian


Syok juga bila terbaca artikel dalam Majalah PC keluaran terbaru mengenai aplikasi ini. Setelah dicuba ianya memberi kesan menakjubkan kepada photo anda atau sesiapa juga

Anda tidak memerlukan pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah anda memadai dengan mengubah wajah anda menggunakan aplikasi ubah gaya anti penuaan liftmagic.

.
Aplikasi ini boleh diperoleh di link http://www4.liftmagic.com/liftmagic/lift.php . Anda patut mencuba untuk menghilangkan kedutan dan memperbetulkan wajah anda secara atas talian. Photo anda ini boleh dikongsi atau di simpan dalam format jpeg dengan klik pada gambar berkenaan.

Selamat mencuba

Petikan Majalah PC Keluaran terbaru.

Malaysian Cyber Games Fest 2010