Rabu, 13 November 2013

Cara Buang Shortcut Virus Dalam Pen Drive



Caranya adalah..

1. pergi kat 'start' > run .. taip cmd, lepas tu klik OK
2. kita assume yang huruf pendrive korang sekarang dalam   directory adalah Flepas tu copy command yang bawah ni

attrib -h -r -s /s /d f:\*.*

*tapi kalau huruf pendrive korang ke, tukar kat command atas ni dengan huruf pada ktu..

3. right click kat Command Prompt tadi, lepas tu paste. jadi la cam gambar kat bawah ni.



nak besarkan gambar pinjam la kanta pembesar dari Detektif Conan

4. last step, Enter. DONE!! Selamat mencuba.

Apa Itu EDUWEBTV

Ini adalah kali kedua admin memperkatakan tentang EDU WEBTV yang mana pada hemat saya ianya cukup memberi manfaat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Supaya pengajaran & pembelajaran tidak menjadi bosan di kalangan murid-murid.

SALURAN EDUWEBTV
•EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.

•Terdapat 7saluran - Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.



BERITA
•Video berkaitan aktiviti KPM

•2 bahasa (Melayu dan Inggeris)

•Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah



AKADEMIK
•Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar negara

•Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama

•Pembakar semangat dan pencetus inspirasi



RENCANA
•Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat

•Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional

•Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik



WAWANCARA
•Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju

•program dan agenda pendidikan negara

•Mengenali Personaliti Pendidikan

•Isu yang diwawancara sebagai panduan



TV PENDIDIKAN
•Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

•Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah

•TV Pendidikan secara atas talian

•Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.



INTERAKTIF
•Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

•Pembestarian Sekolah



SIARAN LANGSUNG
•Rakaman siaran langsung program anjuran KPM

•Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008



JENIS PENGGUNA
•Pentadbir Sistem

•Pengguna Akhir

◦Orang Awam

◦Guru

◦Murid



KEPERLUAN ASAS
•Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)

•Windows Media Player (9 dan ke atas)

•Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’

•Sistem Pengoperasian – Windows 98

•Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)



RUMUSAN



•Pengenalan dan Pendedahan - memberi gambaran secara menyeluruh mengenai Portal EDUWEBTV.

•Hasil - membolehkan eksplorasi ke atas Portal EDUWEBTV dengan sendiri

ZOOM-A

Kelmarin satu taklimat Program Pemelajaran Interaktif ZOOM-A telah di adakan kepada SU Peperiksaan sekolah-sekolah rendah di negeri Perlis yag bertempat di Dewan Merdeka SK Seri Indera Kangar, Perlis.

Pada taklimat tersebut peserta didedahkan dengan panjang lebar tentang kehebatan zoom-a. Dan sesungguhnya zoom-a ternyata hebat.


Dengan bayarn tahunan sebanyak RM20 sahaja murid-murid dan pendidik memperoleh: (Klik untuk besarkan imej) zoomA, Galeri A, Webmel,Web sms, Web Edit dan lain-lain lagi.














































































Di dalam Galeri A yang menariknya kerana terdapat Ruangan Muat Turun yang mengandungi bahan-bahan P & P yang sudah tentu membuat guru-guru dan pelajar terpegun. Cuba lihat imej diatas yang dikuning adalah sebahagian daripada bahan yang boleh dimuat turun.


Setelah penat mengulangkaji pelajaran secara interaktif murid dapat melepaskan lelah dengan membaca bahan-bahan cerita dengan melebihi 100 judul buku dalam bahasa melayu dan Inggeris.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang zoom-a, molek benarlah para pendidik melanggannya. Walau bagaimanapun para pendidik diberi akaun percuma (tiada tarikh luput na), bezanya cuma satu, para pendidik tidak dapat menjawab soalan secara interaktif, dengan kata lain maka sekiranya anak-anak para pendidik ingin menggunakannya mestilah melanggan. Manakala modul-modul lain para pendidik dapat menggunakannya seperti mereka yang berbayar. RM20 saja beb!

Nak akaun percuma? Lihat seperti dibawah. (Klik untuk besarkan)Ini adalah sebahagian guru-guru yang tersempat didaftar oleh saya pada tahun lepas. Paswordnya boleh hubungi saya, lepas itu sila tukar password untuk keselamatan anda.














Meh, tahun depan pakat daftar dan promosikan kepada anak didik anda. Sesungguhnya guru perlu berubah cara mengajar, murid ubah cara belajar. Fikir-fikirkan.

Malaysian Cyber Games Fest 2010